Kemurungan adalah suatu pengalaman yang biasa. Semua orang kadang-kala akan berasa bosan, sengsara atau sedih. Pada kebiasaannya sebabnya adalah nyata – perasaan hampa, kekecewaan, kehilangan sesuatu atau seseorang yang penting. Kesedihan sedemikian dan kepiluan adalah biasa dan merupakan reaksi sementara terhadap tekanan hidup. Bagaimanapun, bilamana angin kemurungan berterusan untuk buat suatu masa yang tertentu, sama ada ekoran daripada sesuatu peristiwa atau tanpa sebarang sebab pun, maka orang tersebut mungkin mengalami kemurungan klinikal - suatu penyakit yang memerlukan rawatan dan boleh dirawati secara berkesan. Ianya bukan kelemahan peribadi atau suatu keadaan yang boleh diharapkan akan hilang begitu sahaja.